Wednesday, July 21, 2010

HARI TEMU MESRA AKADEMIK 2010



8 Julai 2010 ( Jumaat ) Hari Sua Temu Akademik SATSP diadakan bermula jam 8.00 pagi bagi membincangkan pencapaian pembelajaran murid pada setengah tahun 2010. Hasil dari keputusan peperkiksaan setengah tahun juga menjadi titik tolak dan kayu kepada guru dan ibubapa bagi mencari jalan penyelesaian sebarang sudut kelemahan pada kedua-dua pihak tersebut.
Pihak ibubapa rata-rata menyuarakan keluhan terhadap anaknya yang kurang mengambil perhatian kepada pelajaran dirumah, sering leka dan perlu dipaksa. Kurang perhatian dan selalu menganggu rakan juga antara sebab murid-murid lemah dalam pelajaran. Lemah dalam bacaan al-quran dam tidak dapat menghafaz bacaan dalam solat juga antara kelemahan yang dapat dikesan.
Pertemuan empat mata ini diharapran dapat membenihkan pulangan yang baik tentunya kepada para pelajar kerana ilmu agama yang disampaikan hanya untuk bekalannya.

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Jasamu dikenang

SATSP 10 Mac 2010 bersamaan 24 Rabiul Awal 1431. Warga guru dan Badan Kebajikan selolah telah menganjurkan majlis makan malam Jasamu Dikenang kepada tiga orang guru yang telah bertukar ke SA Bandar Tenggara 1.Pertukaran Ustazah Nor Idayu binti Ishak, Ustazah Norasmah binti Othman dan Ustazah Latifah binti Omar disebabkan lantikan kejawatan tetap DGA 29 bermula 16 Disember 2009.
Warga guru dan Jawatankuasa Badan Kebajikan mengucapkan tahniah atas perlantikan beliau dan perkhidmatan cemerlang yang dicurahkan kepada pelajar-pelajar di SATSP selama lebih sepuluh tahun.